semasa

“5 Tahun Slmpan Rahsia,” Rider 0KU Ini Trp4ksa Ded4h Apa Yg Arwh Siti Sarah Buat Selama Ini

Berita sedih mengenai pemergian penyanyi, Siti Sarah ternyata dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia tidak kira golongan artis, sahabat baik mahupun para peminat.

Rata-rata yang mengenali Siti Sarah secara dekat telah memuat naik posting sebak sebaik sahaja mengetahui penyanyi tersebut sudah meningmgal dunia.

Di Instagram mahupun facebook, individu yang pernah mengenali Siti Sarah secara dekat mula membuka mulut dan menceritakan kebaikan yang pernah dilakukan olehnya selama ini.

Lima Tahun Simpan

“Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin minta saya rahsiakan pemberiannya dan tidak mahu ia dihebohkan di laman sosial.”

Itu permintaan penyanyi terkenal tersebut terhadap seorang penghantar barang orang kelainan upaya (OKU), Mohd Hafiz Abdullah, 32, kira-kira lima tahun lalu lalu.

Cerita Mohd Hafiz, Allahyarhamah memberikan b.antuan barangan keperluan kepada 15 penerima terpilih di Temerloh, Mentakab dan Jengka.

“Ikutkan Allahyarhamah nak bagi lebih tapi saya cakap cukup kerana dengan kekangan yang ada, cukuplah untuk beri kepada 15 penerima sahaja.

“Saya sebenarnya amat terkejut ketika dihubungi Allahyarhamah Siti Sarah ketika itu kerana tidak menyangka beliau menghubungi saya,” katanya pada Khamis.

Ujarnya, pada masa itu dia tular kerana menawarkan perkhidmatan sebagai penghantar barang dalam keadaan kek.urangan fizikal, k.udung tangan kiri akibat kema.langan jalan raya pada usia 20 tahun.

Mohd Hafiz yang k.udung tangan kiri sejak berusia 20 tahun gigih mencari rezeki dengan khidmatnya sebagai penghantar barang.

“Sudah lama saya rahsiakan perkara ini kerana menghormati permintaan beliau dan bila berita pemergiannya akibat ja.ngkitan C0vid 19 Isnin lalu, ia memang memberikan kesan selain saya berasa amat se.dih dengan kehila.ngannya,” luahnya.

Allahyarhamah Siti Sarah kata Mohd Hafiz, juga menawarkan motosikal baharu kepadanya ketika itu namun dia menolak tawaran tersebut.

Shuib mahu mimpikan Siti Sarah

“Saya belum diberi peluang mimpikan arwah, ” kata pelawak dan pelakon popular, Shuib yang tidak putus berdoa supaya isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah hadir ke dalam mimpinya.

Shuib berkata, memasuki hari kelima pemergian Siti Sarah, hanya anak ketiganya, Ariq Matin, 6, yang berpeluang bermimpikan Allahyarham ibunya.

“Ketika sedang mandikan Matin (semalam), tiba-tiba dia berkongsi malam tadi dia mimpikan ibunya. Dia beritahu dalam mimpi itu ibunya datang membawa adik bongsunya, Ayash Affan dan arwah beri dia pegang adiknya. Tapi arwah hanya diam saja dalam mimpi itu,” katanya pada majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual malam tadi.

Menurut Shuib, sebaik mendengar cerita Matin, dia meminta anak ketiganya itu mendoakan agar dia turut berpeluang merasai nikmat sama.

“Saya beritahu Matin kalau dia mimpi ibunya lagi, tolong beritahu supaya masuk ke dalam mimpi daddy. “Saya rindu sangat nak jumpa dia. Saya reda dan sangat berlapang dada dengan ketentuan ini. Cuma rindu yang masih bertandang dan saya percaya waktu akan menjadi ubat.

“Setiap kali rindukan arwah, saya pasti akan mendengar lagu-lagu nyanyiannya sebagai ubat. Ada sekali saya bertanya kepada bapa mentua untuk mendengar sama tapi dia beritahu dia tidak kuat untuk mendengar suara arwah buat masa ini.

“Saya beritahu ini saja kenangan yang kita ada. Jadi bila rindu saya dengarlah lagu nyanyiannya kerana arwah memang suka menyanyi,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

SUMBER/Kredit: sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *