semasa

“saya terkejut dihubungi Siti Sarah ” Seolah-olah mengejar amal kebaikannya …

” Saya dihubungi Siti Sarah sebelum Raya Haji lepas untuk dia ikuti program k0rban di Gaza..”

Itu perkongsian rakyat Malaysia yang menetap di Gaza iaitu Nadir Al-Nuri berkongsi kebaikan yang dibuat penyanyi itu ketika hayatnya pada sambutan Aidiladha lalu yang terkjut dengan berita pemrgian Siti Sarah.

Nadir yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia berkata, isteri kepada pelawak Shuib itu menghubunginya menerusi mesej peribadi (DM) Instagram mengenai hajatnya meng0rbankan seekor Iembu untuk umat Islam di negara bergolak itu.

Tangkap layar Siti Sarah menghantar mesej kepada Nadir.

” Tersentap sekejap baca berita pemergian Siti Sarah. Saya dihubungi Siti Sarah sebelum Raya Haji lepas untuk dia ikuti program k0rban di Gaza.

” Masa itu saya terkejut dia maklumkan untuk k0rbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit.

” Bukan satu bahagian sahaja, seolah-olah dia sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir,” ujarnya.

Menerusi muat naik di Instagram dan Facebook, Nadir turut berkongsi paparan skrin perbualan antara dia dan Siti Sarah yang pada awalnya turut meminta sedekahnya itu tidak didedahkan kepada umum.

” Fasal nak post ni saya kalau boleh nak diam-diam. Tapi betul juga mungkin salah satu tanggungjawab saya sebagai orang Islam untuk war-warkan tentang k0rban di sana.

” Saya izinkan… kita doa sama-sama moga Allah permudahkan urusan saudara kita di sana dan juga Allah permudahkan urusan awak dunia dan akhirat,” tulis Sarah dalam mesej perbualannya itu.

Nadir berkongsi mesej dihantar Siti Sarah

Siti Sarah, 37, menghmbuskan nfas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas ditidurkan pada 4 Ogos lalu.

Allahyarham menjalani pembdahan mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungan berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu selepas beberapa jam ditidurkan.

Penyanyi lagu Semakin itu dimasukkan ke hospital pada pagi 4 Ogos lalu selepas mengalami batvk yang tervk dan kekurangan oksi.gen dalam badan akibat jangkitan Covid-19.

Sementara itu tambah Nadir, Allahyarham juga seorang yang sangat prihatin tentang nasib umat Islam dan sering bertanya perkembangan di Gaza.

” Dia kerap berhubung bertanyakan tentang keadaan saudara kita di Palestin.

” Rupa-rupanya Allah takdirkan nyawa beliau diambil dalam keadaan memikirkan umat, peduli dengan nasib mereka.

” Malah didoakan ratusan penduduk di sini yang merasa daging pada tahun ini,” tulisnya di Instagram.

Nadir juga menyifatkan Siti Sarah seorang yang beruntung apabila mendapat syah1d dunia serta didoakan ratusan keluarga syuhada akhirat.

Shuib sebak kongsi berita

Terdahulu Shuib telah memuat naik status di Instagram pagi ini memaklumkan pemrgian isteri tercinta.

” 5:13 minit pagi 9 Ogos 2021, bidadari Syurga saya telah pergi buat selamanya. Mohon sedekahkan Al Fatihah. Siti Sarah Binti Raissuddin..” tulisnya.

Perkongsian itu lantas menarik perhatian peminat dan rakan artis yang tidak putus-putus mendoakan.

Rata-rata juga meminta Shuib bertabah dengan ujian ini kerana beliau harus kuat demi anak-anak mereka yang masih kecil.

” Innalillahiwainnalillahirojiun .. Al Fatihah . Salam Takziah .. Abg harap awak dan anak-anak tabah ye Ib, Allah lebih sayangkan Sarah..” tulis Zarul Umbrella.

” Innalillahi wainna ilayhi rojiuun.. Salam takziah ib, semoga rohnya dicucuri rahmat.. Al-fatihah,” tulis Jep Sepahtu.

Sumber:mstar dan IG NadirAlnuri

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *