semasa

jawapan spontannya bila ditanya fungsi tandas buat ramai pecah perut, ber’Tuah’ punya budak!

SELARAS dengan norma baharu, melaksanakan aktiviti pembelajaran di rumah sudah menjadi rutin buat ibu bapa bagi memastikan anak-anak sentiasa mendapat peluang mengikuti pendidikan meskipun tidak dapat hadir di sekolah.

Lain pula kisah si kecil ini yang baru berusia empat tahun, apabila dia tersalah jawab ketika belajar tentang fungsi tandas bersama ibu saudaranya yang juga guru tadika bernama Ummi Umairah Umiruddin.

Bukan mudah untuk memastikan anak sentiasa bersedia dan memberi perhatian sepenuhnya ketika belajar, tambah pula terdapat pelbagai gangguan sehingga membuatkan mereka kurang fokus.

Menetap di Taman Sentosa di ibu negara, Ahmad Luth Khalish Ahmad Helmi disifatkan sebagai kanak-kanak yang aktif dan petah bercakap tidak kira sama ada bersama keluarga mahupun orang luar.

“ Ikutkan masa dia salah jawab ‘kentut’ tu nampak gaya dia macam nak bergurau, tapi bila tengok balik cara dia jawab spontan, dan nampak dia takut nak bergurau sebab tu cikgu dia kan.

“ Kakak saya gelak, baru dia hilang rasa takut tu.

Bercerita tentang telatahnya, Ummi Nur Insyirah Umiruddin, 21 yang merupakan adik kepada Cikgu Umairah berkongsi kejadian itu di aplikasi TikTok sehingga mendapat hampir 500,000 tontonan dan kira-kira 30,000 komen.

Tak disangka, rata-rata ramai terhibur dengan jawapannya yang lucu dan spontan itu.

“Sebenarnya yang mengajar dia tu kakak saya, kira mak saudara kepada Khalish yang juga guru tadika dia, jadi Khalish akan lebih serius berbanding orang lain ajar. Selalunya kalau orang lain susah sikit dia nak fokus, kadang-kadang banyak main.

 

“ Sebab kakak saya cikgu, kadang-kadang dia akan bawa Khalish sekali tapi bila dah pandemik ni memang belajar di rumah sahaja, sebelum kejadian tersasul tu sebenarnya Khalish banyak kentut mungkin itu yang tersalah jawab bila ditanya,” katanya berseloroh sambil menambah Tuah adalah nama timangan anak saudaranya yang selalu dipanggil atuknya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *