semasa

Tak Scan MySejahtera, Najib Dik0mpaun RM3k Tapi Kedai Nasi Ayam Kena 10k Sebab…

Satu video tular menunjukkan bekas Perdana Menteri Najib Razak masuk ke kedai Nasi Ayam Chee Meng tanpa mengimbas kod MySejahtera. Najib bagaimanapun telah mengaku yang dia gagal scan MySejahtera sebelum makan di restoran tersebut dan bersedia untuk didenda kerana kesalahan ini.

“Saya mengaku kesilapan saya pada kali ini tidak membuat check-in sendiri walaupun pegawai-pegawai saya telah berbuat demikian.

“Kebiasaannya, saya mematuhi segala SOP yang telah dikuatkuasakan dalam aktiviti atau pergerakan saya.

“Tidak mengapa.

“Saya minta pihak berkuasa keluarkan saman terhadap saya atas kesilapan tidak sengaja ini.”

Selepas hampir dua bulan siasatan dijalankan, notis kompaun berjumlah RM3,000 dan RM10,000 akan dikeluarkan ke atas Najib dan pemilik kedai nasi ayam tersebut kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh KKM.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, Dewan Peguam Negara baru sahaja memulangkan kertas siasatan kes yang berlaku di kedai nasi ayam di Bukit Bintang itu, lapor The Star.

Yeok Wei Hao, pengurus Restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng akan dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal mengarah Najib untuk scan kod QR MySejahtera atau rekodkan datanya sebelum masuk ke dalam restoran.

“Najib akan diisukan dua kompaun RM1,500 kerana gagal merekod suhu dan gagal mendaftar masuk ke dalam restoran.”

Kedua-dua pihak diisukan kompaun kerana gagal mematuhi Akta Pencegahan dan Pengawal Penyakit Berjangkit. Zainal turut menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh MKN bagi melawan penyebaran virus Covid-19.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber: sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *