semasa

Bekalan Vaksin Untuk Fasa 3 Mungkin Tak Cukup – Khairy Jamaluddin

Bekalan vaksin mungkin tidak cukup untuk memulakan Fasa 3 program vaksinasi Covid-19 pada Mei ini seperti dirancang. Menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata ia sebahagian besarnya bergantung pada bekalan vaksin, lapor FMT.

Fasa 2 berjalan dengan baik. Fasa itu sedang berjalan. Fasa 3 sepatutnya bermula pada Mei tapi saya tak tahu adakah bekalan kita mencukupi. Kita akan buat pengumuman berhubung perkara ini nanti.”

Katanya, program vaksinasi sukarela dengan vaksin AstraZeneca adalah istimewa dan dikategorikan bawah Fasa 4 kawalan penyakit di Kuala Lumpur dan Selangor, memandangkan penularan yang tinggi sedang berlaku di dua lokasi tersebut.

Sesi percubaan suntikan vaksin AstraZeneca kepada beberapa individu yang dibuat sebelum ini dilaporkan tidak menunjukkan sebarang simptom sakit kepala yang teruk. Kata beliau, setakat ini kesan sampingan yang berlaku hanyalah demam biasa.

Menurut MalaysiaGazette, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menasihatkan penerima-penerima vaksin Astrazeneca agar memantau kesihatan masing-masing. Selain itu beliau turut berkata agar individu mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala yang tersenarai dalam masa 4 hari hingga 4 minggu selepas suntikan pertama.

Gejala yang tersenarai adalah seperti berikut:

  • Sakit kepala yang teruk – tidak berkurangan dengan ubat tahan sakit atau semakin teruk
  • Sakit kepala semakin teruk apabila baring atau ketika membongkok
  • Sakit kepala luar biasa disertai dengan pandangan kabur, loya dan muntah, sukar bertutur, lemah, mengantuk atau sawan
  • Bintik-bintik kecil pada kulit, lebam atau berlaku pendarahan
  • Sukar bernafas, sakit dada
  • Bengkak pada kaki
  • Sakit perut yang berterusan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber: sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *