semasa

Tak Puasa? 4 Wanita Selamba Makan Di Restoran, Dah Tegur Pun Siap Berhujah!

Tular sebuah video di Twitter tentang sekumpulan wanita yang memakai hijab dipercayai beragama Islam menikmati makanan di sebuah restoran, dipercayai di Singapura. Rakaman video berdurasi satu minit itu memaparkan si pengadu menegur sekumpulan wanita tersebut yang disifatkan memalukan agama Islam apatah lagi berlaku di bulan Ramadan.

“Yang makan makanan Cina ini semua, dia cakap dia kerja dengan orang Cina, lepas tu dia boleh makan. Korang buat malu orang Islam, pakai tudung lagi. Apa nak jadi?,” kata si pengadu yang juga seorang wanita.

Tidak lama kemudian, salah seorang daripada wanita yang tidak berpuasa itu tampil berhujah dengan ‘point-point’ tertentu kononnya mereka tidak melakukan kesalahan sebelum dibidas semula oleh si pengadu.

Seolah-olah ‘malas’ mahu berhujan dengan golongan seperti itu, si pengadu sempat berkata akan menghubungi Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) untuk melaporkan perkara tersebut. Post berkenaan mendapat hampir 10,000 perkongsian selain 11,000 komen yang rata-rata meluahkan rasa bengang melihat tindakan biadab sekumpulan wanita terbabit.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila kejadian tersebut berlaku dan tindakan lanjut daripada si perakam kerana video itu menjadi perhatian dalam kalangan netizen Malaysia.

Haihh apa nak jadi! Kot ye pun alasan ‘uzur’, pergi makan sorok-sorok. Dah la masing-masing membawa imej berhijab! Memang mengundang betul.

Sumber: Facebook Jihair Bin Adey

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber: sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *