semasa

Dari Pagi Nangis Phone Dirembat, Member ‘Tong-Tong’ Duit Hadiahkan Yang Baru

Usaha yang dilakukan sekumpulan remaja ini sebaik mendapati salah seorang daripada rakan mereka menangis dari pagi apabila handphone miliknya telah ‘dirembat’ pencuri.

Bersimpati dengan nasib pemuda yang mesra dipanggil Alang itu, mereka telah sepakat mengumpul dana hasil daripada duit masing-masing untuk membantunya.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, mereka rupa-rupanya berhasrat untuk lakukan satu kejutan istimewa kepadanya. Sebaik dihulurkan hadiah telefon pintar baru, pemuda tersebut dilihat sungguh terkejut sebelum sambung menangis terharu pula.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dan gembira menyaksikan keikhlasan nilai persahabatan sekumpulan lelaki tersebut.

@lestaribrotherskami sayang Alang ❤️ ##lestaribrothers ##fyp

♬ Steven Universe – L.Dre


Tindakan tersebut, mereka juga terhibur dengan reaksi Alang yang tak sudah-sudah menangis walaupun dipujuk berulang kali. Secara keseluruhan, video itu telah mengumpul lebih 260 ribu views setakat ini.

 

Sumber: TikTok Lestari Brothers 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber: sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *