semasa

“Orang nak cari duit sikit pun tak boleh!” – Peniaga Naik Angin Lepas DBKL Larang Untuk Berniaga di Jalan TAR?

Dalam mencari rezeki di tengah kota, seorang peniaga baru-baru ini telah dirakam naik angin selepas berlaku pertikaman lidah dengan beberapa anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menerusi video yang viral di Twitter, anggota bertugas dilihat sedang berunding dengan peniaga terbabit yang dipercayai berniaga tanpa lesen di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur.

Peniaga yang dikenali sebagai Joe ini katanya hilang sabar hingga menyebabkan dia lantang menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan DBKL yang didakwa cuba merampas motosikalnya, lapor Kosmo.

“Bagilah muka sikit dekat peniaga!” 

Peniaga tersebut meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila dia baru mula berniaga tetapi tidak disangka-sangka penguatkuasa datang dan mahu merampas motosikal miliknya pula.

Malah rakan peniaga itu juga memberitahu yang mereka masih belum mendapat untung dan telah mengeluarkan modal yang banyak untuk operasi malam tersebut.

Macam Yahudi lah korang! Orang nak cari duit sikit pun tidak boleh!  Tahu-tahu dah datang (nak) angkat (motosikal)! Mana muka korang? Bagilah muka sikit dekat peniaga,” 

“Kami mahu berniaga sekejap sahaja di sini dan belum lagi untung. Bagilah peluang kepada kami untuk berniaga,” katanya.

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib peniaga berkenaan, namun ada juga berpendapat dalam isu ini netizen perlu menyelidik dari dua belah pihak.

Mungkin ada sebab kukuh mengapa penguatkuasa mahu merampas motosikal peniaga itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber: sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *