semasa

“Sepanjang Berada Di Sana, Kami Patuh SOP”

Hangat diperkatakan berhubung isu melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dan dakwaan berbulan madu di Langkawi, Isnin lalu, selebriti popular Neelofa tampil memberikan jawapan.

Neelofa berkata dia dan suaminya, PU Riz ke Langkawi sememangnya atas urusan kerja. Malah, Neelofa berkata dia dan suami mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di sana.

“Segala kerja yang saya lakukan sudah dirancang awal sebulan atau lebih. Keputusan berkenaan kerja bukanlah dibuat secara spontan.

“Saya ingin menyelesaikan semua perkara berkaitan kerja sebelum Ramadan ini. Syukur semuanya sudah berjaya dilunaskan. Sepanjang berada di sana, kami juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Bagaimanapun, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan jawapan diberikan kerana Neelofa sepatutnya meminta maaf atas kesalahan dilakukan, bukan memberikan kenyataan berbaur angkuh.
Kata Neelofa lagi, dia sedia bekerjasama dengan polis berhubung siasatan mengenai majlis pernikahannya pada 27 Mac lalu yang didakwa tidak mematuhi SOP.

“Saya sedia bekerjasama (dengan polis). Namun, saya minta diberikan ruang untuk saya bantu siasatan sama ada saya melakukan kesalahan atau tidak. Biar saya selesaikan secara baik dan tenang tanpa tekanan daripada mana-mana pihak.

“Saya ‘respect’ (hormat) semua orang (media) di sini nak tanya benda yang sama. Namun, saya juga nak minta kepada rakan media yang lama saya kenal untuk berikan ruang supaya saya boleh selesaikan hal ini secara profesional bersama dengan pihak yang berkenaan,” katanya.

Susulan itu, ada yang mahu memboikot selebriti popular itu termasuk produk keluarannya. Malah, ada netizen mengatakan tidak lagi meminati selebriti itu selepas isu berkenaan.

“Minta maaf Neelofa, sebelum ini saya memang minat awak tetapi tidak lagi sekarang.

“Awak sepatutnya meminta maaf bukannya keluarkan kenyataan berlagak dengan rezeki diberikan,” tulis seorang netizen.

Terdahulu, Neelofa memohon orang ramai memberikan dirinya ruang untuk menyelesaikan isu tersebut secara profesional dan tenang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber: sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *