semasa

Po1is Sahkan Terima Laporan, Buka Kertas Siasatan Kes ‘Rider’ Kena Pukvl

Polis mengesahkan telah menerima laporan berkenaan kejadian seorang penghantar makanan yang dipukul di sebuah kafe semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, berdasarkan laporan itu mangsa telah mendakwa dirinya ditampar di bahagian leher kiri oleh pemilik kafe tersebut.

“Kejadian berlaku apabila pemilik kafe berselisih faham dengan penghantar makanan (mangsa) berkaitan kelewatan dalam menguruskan penghantaran makanan yang telah dipesan hingga menyebabkan pelanggan membatalkan pesanan mereka.

“Mangsa telah ditampar di bahagian leher sebelah kiri serta menghalau mangsa keluar dari kafe,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ku Mashariman berkata, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis kerana video rakaman kejadian telah tular di laman sosial.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun atau dengan denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” tegasnya.

Terdahulu, kecoh di laman sosial mengenai satu rakaman yang menunjukkan tindakan pemilik kafe yang bertindak memukul penghantar makanan terbabit.

Rakaman berdurasi 58 saat itu turut mendapat kecaman netizen yang rata-ratanya menganggap tindakan pemilik kafe tersebut keterlaluan dan wajar dikenakan tindakan tegas.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *