semasa

Tak sia-sia bangun sebelum subuh, pelajar dapat keputusan 8A selepas gigih buat nota cantik – “Lelaki pun boleh buat macam perempuan=”

Tak sia-sia bangun sebelum subuh, pelajar dapat keputusan 8A selepas gigih buat nota cantik – “Lelaki pun boleh buat macam perempuan

SEKALI pandang macam buku nota milik pelajar perempuan, kerana paparannya dihiasi warna terang dan disertakan dengan pelekat dan lukisan kartun menarik mengikut topik.

Kreativiti itu membuatkan netizen bertanyakan tentang buku dan alat tulis yang digunakannya, malah meminta pelajar tersebut melakukan tutorial menghasilkan nota yang menarik.

Siapa sangka paparan nota ringkas pelajaran yang menjadi perhatian netizen menerusi perkongsian di aplikasi TikTok itu sebenarnya merupakan hasil kerja seorang pelajar lelaki.

 

Pelajar berkenaan, Mohammad Haikal Afiq Mohammad Hussin berkata, dia mula menghasilkan nota-nota kreatif itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun lalu.

Antara nota yang dihasilkan oleh Haikal.

Remaja berusia 16 tahun itu mendapat inspirasi daripada kreativiti pelajar-pelajar Indonesia yang menghasilkan nota ringkas seperti itu dan berkongsi di laman Instagram dan TikTok.

“Masih kurang pelajar Malaysia menghasilkan nota-nota ringkas yang kreatif sebegini. Jadi, saya mencuba untuk diri saya sendiri dan memberi inspirasi kepada orang lain, termasuk membuat tutorial di TikTok..

“Kebanyakan nota ringkas yang saya hasilkan adalah untuk mata pelajaran Kimia, Biologi dan Fizik mengikut topik dan subtopik,” katanya kepada mStar.

Haikal menggunakan kaedah pembelajaran secara visual.

Lebih mesra disapa Haikal, katanya, dia menghasilkan nota mengikut bab dengan dua muka surat selama kira-kira sejam, dengan memahami topik atau subtopik tersebut terlebih dahulu.

“Kebiasaannya saya buat awal pagi sebelum Subuh, sekitar pukul 4 pagi hingga 5 pagi. Tapi ada juga saya buat selepas selesai mengulangkaji pelajaran, antara pukul 11 malam dan 12 tengah malam,” ujarnya anak bongsu daripada tiga beradik.

Anak kelahiran Lahad Datu, Sabah itu bagaimanapun berkata nota yang dihasilkannya itu bukan sekadar suka-suka, tetapi mahu lebih memahami apa yang dipelajari setiap hari.

Haikal mengambil masa kira-kira sejam untuk menghasilkan nota untuk satu bab pelajaran.

“Saya lebih berminat dengan pembelajaran secara visual. Jadi, saya akan memastikan setiap yang saya belajar akan diterjemahkan dalam nota ringkas yang menarik.

“Sebenarnya, saya tidak pandai melukis tapi sekurang-kurangnya saya dapat buktikan bahawa lelaki juga mampu menghasilkan nota-nota cantik seperti pelajar-pelajar perempuan,” katanya sambil menambah turut berkebolehan bermain alat muzik seperti piano, biola dan gitar.

Walaupun dihujani pujian netizen, pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Sains Lahad Datu itu turut menerima kritikan seperti ‘Cantik-cantik tak baca, tak guna juga’.

Haikal yang menggemari subjek Kimia berkata, dia mengakui tersinggung dengan kata-kata netizen itu namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus menghasilkan nota-nota yang menarik dan kreatif.

Haikal turut berkebolehan bermain alat muzik.

“Saya faham mentaliti segelintir orang yang dengki dengan kelebihan yang kita tonjolkan. Dulu keputusan periksaan saya tak cemerlang, setakat dapat 5A saja.

“Bagaimanapun, sejak saya membiasakan diri dengan teknik belajar guna nota ringkas yang lebih menarik ini, saya lebih mudah faham dan keputusan saya sekarang dapat 8A.

“Tak boleh halang komen-komen negatif, tapi kita kena buktikan pada mereka yang kita boleh melakukan yang terbaik,” katanya yang bercita-cita untuk menjadi pakar dermatologi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber: sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *