semasa

“Akak ni Kongsi Rezeki Bersama Rider FoodPanda”-‘Hanya Mahu Doakan Akak Mendapat Zuriat’

Penghantar makanan atau food delivery sememangnya berhadapan dengan tugas yang mencabar dalam mengejar order dan menghantar makanan yang dipesan pada waktunya.

Sekiranya bernasib baik, rider selalunya akan menerima tips daripada pelanggan sama ada dalam bentuk wang atau makanan yang diberikan kepada mereka.

Seperti perkongsian oleh seorang rider, Muhammad Faris Faizul di Group Facebook FoodPanda Rider Malaysia di mana dia terkejut apabila diberikan tips sebanyak RM1,000 oleh seorang pelanggan.

Menerusi screenshot yang dikongsikan, pelanggan tersebut menghantar mesej dengan memintanya untuk mengambil sekeping sampul yang diletakkan di bawah mangkuk di atas meja.

Ada sampul, adik ambil ye..

Alhamdulillah rezeki petang tadi.. terkejut macam nak melompat dari motor pun ada tadi.. terharu dan rasa sedih..

Dia yang tidak menjangkakan nilai tersebut, terkejut apabila membuka sampul berkenaan dan melihat kepingan not RM50 berjumlah RM1,000 diletakkan di dalamnya.

Syukur dalam gembira pon ada tadi.. sebab tak terjangka nilai yang diberi sebanyak itu.. sebab selalu jugak customer bagi tips dalam sampul ni.. cuma kali ni terkejut bila bukak sampul tu..

Menurut Faris, wanita itu yang memberikan tips secara ikhlas meminta supaya dia mendoakannya agar dikurniakan zuriat secepat mungkin.

Doakan semoga akak cepat dapat zuriat..

Mohon kawan-kawan rider ku untuk doakan akak ni semoga cepat dapat zuriat dengan izin Allah SWT.. InshaAllah..

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber: sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *