Kisah

Al Fatihah. Pendakwah terkenal Syekh Ali Jaber dikabarkan meninggal dunia.Ini Antara Kehebatan Arwah Yang Ramai Tak Tahu

Al Fatihah. Pendakwah terkenal Syekh Ali Jaber dikabarkan meninggal dunia. Penghafaz Al Quran diusia 3 tahun dan menjadi Iman di Madinah diusia 10 tahun. Allahu.

“Innaa lillaahi Wa Innaa Ilaihi Raaji’uun”.

Serba sedikit tentang Arwah sempat KakZa cari :

1.Dilahirkan di Madinah pada 3 Februari 1976.

2.Kini menetap di Lombok. Isterinya bernama Umi Nadia.

3.Anak pertama dari 12 adik-beradik.

4.Mula aktif berdakwah di Indonesia pada usia 32 tahun.

5. Mula menghafal 30 juzuk al-Quran pada usia 10 tahun.

6.Di usia 13 tahun telah diamanahkan menjadi imam masjid di sebuah masjid di kota Madinah.

7.Di Lombok, beliau terus aktif dalam dunia dakwah dengan menjadi guru Al-Quran, imam, dan pendakwah di

Masjid Besar Al-Muttaqin Cakranegara, Lombok, NTB, Indonesia.

Paling romantis kata-kata Arwah ialah,

“ Saya tidak ingin isteri berasa tidak nyaman bila ada foto foto jemaah mengambil gambar bersama. Saya mengalah

dan tidak mahu berpanjangan, dua tahun enggak megang handphone” – Arwah

Allahu, sweetnya part ni tapi sedihnya bila Arwah tinggalkan kita. Banyak videonya buat sentapan di hati.

Zaman akhir ini, Allah ambil ramai yang beriman kembali padaNya. Moga kita diberikan ketetapan Iman dan masih

beragama Islam bila dipanggil Kelak.

In Syaa Allah. Moga moga. 😭

 

Kredit Nor Zaleha Hasan Basri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *