semasa

Menteri Langgar Perintah Kuarantin Tiada Tindakan Lanjut?

KUALA LUMPUR – Tiada tindakan lanjut (NFA) membabitkan kes melibatkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang dipercayai meIanggar perintah kuarantin wajib C0vid-19.

Pengarah Jabatan Siasatan Jen4yah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, arahan itu dikeluarkan pihak Jabatan Peguam Negara.

“Jabatan Peguam Negara mengeluarkan arahan berkenaan susulan tiada keterangan kukuh bagi mengasaskan pertuduhan ke atas beliau (Khairuddin).

“Pihak polis sebelum ini telah menyerahkan kertas siasatan berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara dan keputusannya diperolehi adalah NFA berhubung kes berkenaan selepas daripada sudut keterangan didapati beliau telah tidak diserahkan dengan borang 14b di bawah Seksyen 15 (1) Akta 342 bagi tujuan menjalani kuarantin,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman hari ini.

Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *