semasa

Remaja 18 Tahun Nikahi Dua Gadis Dalam Tempoh 2 Minggu

Seorang remaja lelaki menjadi perhatian setelah menikahi dua gadis dalam tempoh dua minggu.

 

Pernikahan mereka yang berasal dari Lombok Barat itu telah tular di negara tersebut.

 

Memetik laporan Kompas.com, remaja lelaki berusia 18 tahun yang juga seorang pelajar itu berkahwin dengan gadis yang juga masih bersekolah.

 

Bapa kepada remaja terbabit mengatakan bahawa perkahwinan anaknya dilangsungkan dengan cara tradisional tanpa memaklumkan kepada Pejabat Agama.

 

Menurutnya, anak sulungnya itu pada awalnya berkahwin dengan isteri pertama pada 17 September lalu namun seminggu selepas itu mereka dikejutkan dengan kedatangan keluarga seorang lagi gadis yang berhajat mahu menikahkan anak mereka.

 

“Ketika saya sedang tidur, saya terkejut ketika keluarga itu datang meminta untuk menikahkan anak gadis mereka dengan anak saya sehingga menyebabkan isteri saya pengsan.

 

“Kami menerimanya dan kami harus memikul tanggungjawab,” katanya kepada Kompas.com.

 

Perkahwinan kedua itu dilangsungkan pada 12 Oktober lalu dengan mas kahwin sebanyak Rp 1 juta.

 

Kos resepsi perkahwinan mereka dianggarkan menelan belanja sebanyak Rp 50 juta.

 

Sumber Siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *