Hiburan

“Baby Bump, Congratzz”-Muat Naik Satu Gambar Nampak Macam Baby Bump, Ini Jawapan Ameera Khan!

Kalau diserahkan kepada segelintir netizen untuk menjadi pengintip, pasti banyak kisah pelik yang akan dapat. Itulah yang terjadi kepada personaliti media sosial dan juga adik kepada Neelofa, Ameera Khan. Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan di laman sosial Instagram miliknya memuat naik sekeping gambar dirinya yang mempromosikan pakaian yang dipakainya.

View this post on Instagram

that’s how you feel? ⁣ ⁣ ⁣ @zaloramy⁣ #ZALORAGetTheLook

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan) on


“I can see your pretty cute bump,” tulis seorang netizen di ruangan komen.

“Baby bump, congratzz,” tulis seorang lagi netizen.

Di ruangan komen tersebut, secara umum Ameera memberitahu bahawa dia tidak hamil.

“I am not pregnant,” tulis Ameera.

Sudah tentulah ramai peminat Ameera turut menyokong kenyataannya itu.

“Baby bump baby bump. Tengok perut korang tu flat macam papan ke? Perut sendiripun berlapis,” balas seorang wargamaya.

“Tak boleh ke ada nampak bump? Omg, semua orang kena ada perfect body ke?” tulis seorang lagi wargamaya mempertahankan Ameera.

“That’s lemak bump hahaha not baby bump,” tambah seorang lagi wargamaya.

Komen-komen yang menyokong Ameera menyebabkan netizen asal yang meninggalkan komen mengenai baby bump tersebut membuat permohonan maaf.

“I’m sorry my word buat orang salah faham. Saya tak terfikir pun adik Neelofa ni mengandung dan saya pun tak tahu adik Neelofa ni dah berkahwin atau belum.

“Jangan salah faham semua. I’m also have prety cute bump too,” tulis netizen tersebut memohon maaf.

Pada awal tahun ini pernah ada khabar angin yang mengatakan Ameera telah berkahwin tanpa pengetahuan sesiapa apabila menghilangkan diri selama 8 bulan.

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *