semasa

Sarah Hildebrand Memuat Naik Foto Bersama Suami Tanpa Memakai Tudung Di Laman Instagramnya

TINDAKAN pelakon Sarah Hildebrand memuat naik foto bersama suami tanpa memakai tudung di laman Instagram miliknya pada Rabu menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

Rata-rata netizen mula membanjiri ruangan komen di foto berkenaan, malah turut bertanya perkara itu kepada suami pelakon tersebut iaitu Otto Gillen.

Tidak lama kemudian, pemilik nama Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 30, menerusi Instastory memuat naik status yang mempersoalkan tentang seseorang yang beragama namun mempunyai kebencian dalam diri.

Why is it that the most religious of us are often also the most hateful and intolerant? (Mengapa kita yang mempunyai agama juga adalah orang yang mempunyai kebencian dan tiada toleransi?)” katanya.

 

Suami menyokong semua keputusan Sarah.

 

Sarah menerusi sebuah video di Instastory menjelaskan soalan yang diajukannya itu hanya untuk menjadi renungan bersama dan tidak memerlukan jawapan.

Sarah juga mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang bersikap positif dan terus memberi sokongan kepadanya tanpa menilai dirinya.

“Soalan terakhir di Instastory saya itu sebenarnya rhetorical question. Jika anda tidak tahu apa maksudnya, itu bermakna saya tidak mahu jawapannya.

Anda tahu, saya mahu berterima kasih dari lubuk hati saya.
SARAH HILDEBRAND
PELAKON

“Lebih kepada soalan yang sudah ada pernyataan dan anda perlu renungkan. Fikirkan sebentar saja. Saya ingin berterima kasih kepada semua orang yang bersikap positif dan memberi sokongan tanpa menilai.

“Anda tahu, saya mahu berterima kasih dari lubuk hati saya. Seronok melihatnya sebab kita tak tahu apa yang orang itu sedang lalui,” katanya.

Pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi itu mula mula bertudung sepenuhnya sejak penghujung tahun 2015.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Sarah gagal apabila aktres itu tidak membalas mesej.

 

Sarah dan suami berkahwin pada November tahun lalu.

 

Dalam pada itu, Keputusan yang dibuat oleh aktres tersebut juga mendapat sokongan suaminya yang memuat naik semula foto itu di Instastory.

“Saya memberi sokongan penuh semua keputusan peribadi yang dibuatnya. Itu saja satu-satunya maklum balas saya. Jangan mesej saya,” tulisnya.

Sarah Hildebrand berkahwin dengan jejaka berdarah kacukan Filipina dan Amerika itu pada 3 November tahun lalu.

Sumber Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *