semasa

Kerajaan Setuju Kurangkan Yuran Universiti Awam Sehingga 15%

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju mengurangkan yuran asrama dan yuran perkhidmatan universiti awam sehingga 15 peratus bagi membantu meringankan beban institusi berkenaan ekoran impak w4bak C0VID-19.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Mansor Othman berkata, keputusan dicapai hasil rundingan antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Kewangan (MOF).
Menurutnya, keputusan tersebut akan melibatkan peruntukan kerajaan sekitar RM72 juta dan bakal memberi manfaat kepada 533,318 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara.
“KPT tetap prihatin terhadap maklum balas daripada pelajar, ibu bapa, serta pihak berkepentingan supaya yuran universiti awam dapat dikurangkan dalam usaha membantu meringankan beban pelajar dan ibu bapa akibat w4bak C0VID-19.
“KPT sudah mengadakan rundingan dengan MOF, untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.
“Hasil daripada rundingan itu, kerajaan setuju kurangkan yuran asrama, yuran perkhidmatan dan kos aktiviti universiti awam sehingga 15 peratus setelah mengambil kira keupayaan kewangan kerajaan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Mansor menjawab soalan Datuk Azizah Mohd Dun (BN-Beaufort) yang ingin mengetahui status yuran pengajian semester IPT bagi penuntut IPTA dan IPT swasta (IPTS).
Selain itu, beliau turut ingin mengetahui inisiatif kementerian mengenai sistem pembelajaran dalam talian pelajar IPT yang tinggal di luar bandar dan memerlukan capaian internet.
Mengenai soalan pertama, Mansor berkata, struktur yuran pengajian tinggi masih kekal sama walaupun dalam situasi pandem1k C0VID-19.
Namun, beliau berkata, kerajaan telah memperuntukan dana yang besar melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) untuk sektor pendidikan.
Ia termasuk bantuan one-off RM200 kepada pelajar, kos untuk sediakan makanan kepada pelajar di kampus serta penangguhan bayaran PTPTN kepada 1.5 juta peminjam.
Sumber : Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *